Friday, 21 February 2014

Islam Bukan Bahan Untuk Di Permainkan



Islam Bukan Bahan Untuk Di Permainkan | Memang kurang ajar mereka ni kalau lah admin dapat sepuk2 kepala dia. Tolong lah menghormati agama lain jangan duk hina tulis benda-benda yang membuatkan orang marah buat apa ? Jangan sampai dah kena tindakan baru nak minta maaf ka ? baca kisah nya

Thursday, 20 February 2014

Cara Untuk Semak BR1M tahun 2014


Cara Untuk Semak BR1M tahun 2014 | Hari ini korang dah boleh buat semak kan Duit Br1m yang korang mohon lepas PM kita buat penguguman semalam. Yang tak memohon tu jangan lah baca. huhu

Meninggal Ketika Rukuk Pada Rakaat Pertama


Meninggal Ketika Rukuk Pada Rakaat Pertama | Kisah ini memberi kita 1001 pengajaran. Seorang lelaki dari Thailand yang meninggal ketika solat ternyata memberi kita Keinsafan . harap kisah ini memberi makna kepada kita juga. Baca selanjutnya

Senarai Individu Terkaya Di Malaysia 2014


Senarai Individu Terkaya Di Malaysia 2014 | Semakin kaya lah mereka ini. Setiap tahun pasti mereka semua ini mempunyai peningkatan. Kalau dah banyak sangat tu bagi lah admin siket.. 1juta ke. kih3..  Jom tengok senarainya

Senarai Individu Terkaya Di Malaysia 2014

Dari dulu lagi Robert Kuok tetap nombor 1 dalam Malaysia ini. no 6 baru orang melayu pegang..


Nota : Apa komen korang untuk senarai di atas ? Cuba kngsikan siket




Lelaki Tolak Tawaran Rm12 Juta Untuk Batu Neraka



Lelaki Tolak Tawaran Rm12 Juta Untuk Batu Neraka | Lelaki ini dipercayai mempunyai Sejil (Batu dari neraka) dilaporkan. Tetapi admin pun tak tahu sama ada batu ini memang berasal dari neraka ataupun tidak.Sebab admin bukan nya pengkaji. Jom Baca kisah lelaki ini

Lelaki Tolak Tawaran Rm12 Juta Untuk Batu Neraka

Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.

Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah



Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta(RM12 Juta)  untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan mempunyai berat 131 gram, betul-betul sama dengan jumlah perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya

Nota : Apa komen korang terhadap kisah ini ? Memang betul-betul berlaku tetapi bukan di Malaysia. Sanggup orang membeli dengan harga Rm12 Juta. Huhu. Cuba komen siket :3

Sumber dipetik : tengok tv online


Video Budak Di Lempang Kerana Curi Seluar Dalam Wanita



Video Budak Di Lempang Kerana Curi Seluar Dalam Wanita | Apa lah nak jadi dengan budak zaman sekarang ni sampai sanggup nak curi spender orang perempuan. Apa dia nak buat dengan spender ni ? Nak makan ke ? Hahhaha. Jom tengok video

Video Budak Di Lempang Kerana Curi Seluar Dalam Wanita


SEMENJAK kebelakangan ini, ramai muda-mudi melakukan penyimpangan dalam seks.

Mereka berpendapat bahawa penyimpangan dalam seks adalah perkara biasa.

Bahkan di dalam filem-filem juga mereka digambarkan seperti orang yang baik dan terhormat walaupun mereka melakukan penyimpangan dalam seks.

Untuk memuaskan nafsu, mereka tidak segan silu membayar wang walaupun dengan harga yang mahal.

Penyimpangan seks adalah aktiviti yang dilakukan seseorang untuk mendapatkan kenikmatan seks dengan cara yang tidak sewajarnya.

Biasanya, cara yang digunakan adalah menggunakan objek seks sehingga kenikmatan seks mereka tercapai.

Ini berlaku kerana disebabkan psikologi, tekanan perasaan seperti pengalaman sewaktu kecil, pergaulan bebas, genetik dan beberapa faktor lain.Tak tahu lah nak komen apa



Nota ; Lepas tengok video ni macam orang dewasa pun ada, budak pun ada. Masa kena lempang tu membuat admin tergelak guling2 ahahahah. Apa komen anda ? Cuba kongsikan


Sumber dipetik : ping busuk


Wednesday, 19 February 2014

Muslim Di Republik Afrika Tengah Dibunuh Kejam



Muslim Di Republik Afrika Tengah Dibunuh Kejam | Subhanallah! ini lah dunia akhir zaman apabila orang Islam di tindas dan dibunuh dengan kejam di Afrika. Tengok gambar sedih je. Mereka di bakar hidup-hidup lalu daging nya di makan. Baca kisah nya

Muslim Di Republik Afrika Tengah Dibunuh Kejam

Umat Islam di Republik Afrika Tengah telah menjadi sasaran militian Kristian di republik tersebut.

Sasaran tersebut telah mencetuskan tragedi berdarah, di mana telah menyebabkan kematian ramai umat Islam yang tidak bersalah dan berdosa, dedah sebuah agensi bantuan kemanusiaan.

Ekoran tragedi itu, ribuan umat Islam telah melarikan diri dari negara tersebut.

Menurut Muslim Association of Britain (MAB, Persatuan Muslim Britain), mereka sudah memberi amaran bahawa keganasan ini juga boleh membawa kepada bencana kebuluran dan keruntuhan ekonomi.

MAB turut melahirkan kekecewaan dan kebimbangan mereka mengenai pergolakan politik, keganasan dan pembunuhan yang sedang berlaku di Republik Afrika Tengah itu.

Kumpulan hak asasi manusia telah melaporkan bahawa lelaki Islam, wanita dan kanak-kanak telah menjadi sasaran secara sistematik dan dipaksa keluar daripada rumah mereka dengan kejam, dirogol dan diseksa .

Di samping itu, harta mereka telah dicuri oleh kumpulan pengganas yang dianjurkan militian Kristian, dakwa agensi itu.

Para pelarian yang melarikan diri ke negara-negara Afrika yang lain ini terdiri daripada mereka yang miskin. Kesannya, tragedi ini berpotensi menyebabkan bencana kemanusiaan dahsyat, ujar mereka.

Menurut Naib Presdien MAB, Ameena Blake, beliau memahami bahawa keganasan yang berlaku atas nama agama Kristian ini tidak bererti mencerminkan sikap majoriti Kristian di rantau itu, di mana sebahagiannya memberi perlindungan kepada umat Islam di gereja-gereja mereka.

"Kami menggalakkan orang ramai di rantau ini untuk terus menyokong satu sama lain, untuk mencegah gelombang baru pembunuhan beramai-ramai," katanya.

MAB membuat rayuan kepada kerajaan British untuk menggunakan kuasa politik mereka untuk membantu menyelesaikan krisis yang amat buruk yang mengancam Republik Afrika Tengah.

PBB telah memberi amaran bahawa 1.3 juta daripada 4.6 juta penduduk di negara ini memerlukan bantuan makanan segera. Adalah penting untuk bertindak sekarang kerana tiada siapa yang ingin melihat satu lagi negara miskin dilanda rusuhan awam dan keganasan politik.

Nota : Apa pun mereka mati dengan keadaan terpuji. Semoga kisah ini beri kita 1001 pengajaran juga. Dan korang dapat nilaikan sendiri. Apa komen korang ? Cuba kongsikan

Sumber dipetik : Sinar harian

Terima Balasan Aksi Lucah Depan Ibu

Gambar hiasan


Terima balasan aksi lucah depan ibu | Sedih sekarang manusia di dunia ni. Lelaki yang berumur 19 tahun ni melakukan aksi lucah sendiri depan ibu nya. Apa lah masalah dia ni. Nak tahu apa aksi nya ? Jom baca selanjutnya

Terima balasan aksi lucah depan ibu

 Ini balasan buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, akibat perlakuan jijik menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun lalu.

Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah.

Hukuman diarah berkuat kuasa serentak daripada tarikh dia ditahan. Nik Habri dalam keputusannya turut memberi amaran kepada tertuduh bahawa dia akan dikenakan sebat jika perkara sama berulang.

Dia juga dihukum penjara dua tahun selepas mengaku menyebabkan cedera ke atas ibunya yang juga seorang guru berusia 55 tahun itu dengan menggunakan batang kayu penyapu pada jam 6.30 petang, 21 Disember.


“Perbuatan kamu sangat teruk. Seperti kata pendakwa, tidak tahu apa yang kamu fikirkan sampai sanggup menunjukkan perbuatan yang pelik (lucah) kepada ibu sendiri.

“Kamu wajib meminta maaf dengan ibu kamu. Walaupun dia yang mahukan hukuman penjara ini tetapi dia masih melantik peguam bagi mewakili kamu dan itu bermakna dia masih sayang kamu,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam bela, Latifah Ariffin yang memohon hukuman penjara minimum dikenakan berikutan tertuduh sudah menunjukkan rasa insaf dan kesal terhadap kesalahan itu dengan mengaku bersalah.

Mohammed Nor Alief Abdul Maleq ditahan pada 21 Disember 2013 dan kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 24 Disember serta berada dalam tahanan sepanjang tempoh tersebut. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Sinar Harian sebelum ini, melaporkan seorang guru menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual oleh anak sendiri. Akibatnya, dia mengalami lebam bahagian kiri paha, lengan dan belakang badan.

Nota : Sumber ini bukan admin main karang je. Sumber ini admin dapat sendiri dari sinar harian. Bangang sugguh manusia ni. Baik jadi lembu. huhuhu .. Apa komen anda ? Cuba kongsikan 

Sumber dipetik : Sinar harian

Hidup Merana Kerana Ingin Menjadi Wanita Tetapi Di Tipu Doktor


Hidup Merana Kerana Ingin Menjadi Wanita Tetapi Di Tipu Doktor | Ni lah padah apabila nak buat pembedahan plastik tapi tak jadi. Nasib baik lah bukan orang kita. Memang tak patut lelaki nak jadi perempuan pun. Padan muka. Jom baca kisah nya

Hidup Merana Kerana Ingin Menjadi Wanita Tetapi Di Tipu Doktor

Malang tidak berbau buat seorang lelaki yang mahu hidup sebagai seorang wanita selepas pakar bedah plastik palsu telah menggunakan simen konkrit untuk pembedahan implan di bahagian muka dan punggungnya.

Mangsa, Rajee Narinesingh berusia 46 itu terpaksa bersembunyi dan tidak mahu berdepan dengan orang ramai kerana keadaan fizikalnya yang memalukan itu. Pakar bedah palsu yang menipu Rajee kini menjalani hukuman penjara selama setahun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. 

Dalam pada itu, Narinesingh masih berdepan dengan trauma akibat penipuan pakar bedah palsu itu. Dia membayar sebanyak $3,000 kepada Morris selama 10 bulan pada 2005, namun malangnya doktor palsu itu menyuntik simen konkrit ke pipi, bibir, payudara dan punggung, hinggakan wajahnya umpama makhluk asing.

Menurut Narinesingh selepas mendapatkan suntikan, mukannya mula hancur, sebelah muka berasa seperti mendidih dan ia membengkak serta amat sakit sebelum gelembung yang muncul di pipi pecah, mengeluarkan cecair berwarna hijau dan kuning yang bercampur dengan darah. Kini, nasibnya baik dengan bantuan pakar bedah kosmetik, Dr. John Martin, Narinsingh melalui proses pemulihan dengan menggunakan terapi laser dan dapat mengecutkan ketulan di pipinya. Malah, menurutnya lagi, apabila wajahnya pulih, dia mahu keluar dating, dia mahu mulakan hubungan lagi. Berikut beberapa koleksi gambar






Nota : Kan dah hodoh. Baik Allah dah beri muka kacak tapi dia buat pembedahan jadi lag gini. Syukur lah dengan diri sendiri . Apa komen anda ? Cuba Kongsikan

Sumber dipetik Tabekpuang

Sanggup Cium Kaki Awek Bukti Cinta



Sanggup Cium Kaki Awek Bukti Cinta | Sedih lah, Makin teruk remaja kita pada zaman sekarang apabila sanggup nak cium kaki awek. Apa punya lah bangang lelaki ni. Kaki mak hang pun hang tak percah cium ni cium kaki awek dah la busuk .. kikiki.. Baca selanjutnya

Sanggup Cium Kaki Awek Bukti Cinta

 kepala kami tatkala melihat perlakuan seorang remaja lelaki yang sanggup mencium kaki teman wanitanya sebagai tanda cinta melalui gambar yang tersebar di laman Facebook.

Nota : Kini heboh di laman sosial mengatakan tentang mereka ni. Apa lah kaki busuk pun nak cium. Apa komen anda ? Cuba kongsikan 

Sumber dipetik : Mynewshub

Tuesday, 18 February 2014

Bapa Rantai Anak OKU Di Dalam Gua



Bapa Rantai Anak OKU Di Dalam Gua | Apalah salah kanak-kanak ni . Kejam nya bapa dia. Terlanjang bogel dia kerjakan budak ni . Sedih juga. Nasib bukan berlaku di Malaysia. Tapi kita sebagai manusia harus mempunyai hati perut . bukan dengan cara begini . Baca kisahnya

Bapa Rantai Anak OKU Di Dalam Gua

Beijing. Seorang warga tua bertindak merantai kaki dan meninggal anak lelakinya yang buta serta 

mengalami kecacatan mental di dalam gua selepas kehilangan tempat tinggal wilayah Henan, China.
Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi 

dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling. Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan telah kehilangan rumah 

dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya. "Saya sudah tiada rumah dan tidak tahu di mana harus menempatkannya. Tetapi saya melawatnya tiga kali 

sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan. "Saya merantainya untuk mengelak dia lari atau mencederakan dirinya sendiri," kata Cheng Yuanchao 

dipetik 

dari laporan MailOnline.
Bagaimanapun, rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao mendapat kritikan pelayar internet yang 

melabelkan tindakan Cheng Yuanchao sebagai seperti membela babi atau lembu

nota : Kalau dah tak nak budak tu bagi lah orang lain walaupun dia OKU pasti ramai nak :) .. Apa komen 

korang ? Cuba Kongsikan.

Sumber dipetik ; tengoktvonline

Monday, 17 February 2014

Tekap Perut Nak Terburai



Tekap Perut Nak Terburai | Sedih lah juga kisah ini kerana kawan sendiri pun sanggup nak godok atau tikam perut kawan sendiri. Walaupun bukan warganegara kita, Kita juga perlu lah bantu. Hampir terburai perut orang ni. Jom baca kisah nya

Tekap Perut Nak Terburai

Dua pekerja kontrak warga Vietnam parah selepas ditikam di dada dan perut oleh rakan sekerja mereka di sebuah tapak projek perumahan di Taman Sedri Pelangi, Rembia, dekat Alor Gajah semalam. 

Dalam kejadian jam 2.15 petang, See Dek, 25, ditikam di bahagian kiri dadanya oleh suspek yang juga rakannya berusia awal 30-an di dalam tandas sebuah bangunan di tapak projek perumahan terbabit. 

Difahamkan, rakan mangsa, Ad Win, 40-an, yang cemas melihat rakannya terbaring berlumuran darah sambil menekup dada cuba melawan dua suspek terbabit, namun dia turut ditikam di perut sebelum suspek melarikan diri. 

Melihat dua suspek yang juga rakan senegaranya itu melarikan diri, Ad Win bingkas bangun mengejar mereka sehingga ke deretan bangunan kedai sambil menjerit meminta tolong sebelum dia tersungkur berhampiran sebuah kedai runcit kerana kecederaan parah dialaminya. 

Menurut sumber, ketika kejadian kedua-dua mangsa baru saja berehat untuk makan tengah hari di tapak projek berkenaan sebelum didatangi dua suspek dalam keadaan berang sambil memegang sebilah pisau dan kayu.

Nota : nasib baik lah ada yang sanggup nak membantu kan. harap pihak atasan mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelaku jenayah tersebut.. Apa komen korang ? Cuba kongsikan sedikit .
Sumber dipetik : ping busuk

Terbaru Erra Fazira sah bercerai



Terbaru Erra Fazira sah bercerai | Sumber yang baru kami terima dari sinar harian mengatakan Erra Fazira sah bercerai dengan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin Baru-baru ini. Baca selanjutnya

Terbaru Erra Fazira sah bercerai

SHAH ALAM - Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.        

Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi.

Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU.

Nota : Mungkin ada konflik rumah tangga kut ,, admin pun tak tahu apa punca nya. Harap Erra dapat lah mencari pasangan yang lebih baik :)

Sumber dipetik : Sinar harian

Arnab Mempunyai Bulu Terlalu Gebu



Arnab Mempunyai Bulu Terlalu Gebu | Seekor arnab yang mempunyai bulu yang sangat gebu di jumpai. kalau lah admin dapat arnab macam ni sedap buat tidur ni. Bukan main gebu lagi, jom baca kisah arnab ini.

Arnab Mempunyai Bulu Terlalu Gebu

Arnab biasa mempunyai bulu yang sangat halus namun, arnab jenis Angora mempunyai bulu yang luar biasa lebat dan halus. Bulu arnab Angora boleh tumbuh sangat tebal sehingga menutupi seluruh tubuh kecuali bahagian wajahnya sehingga kelihatan seperti bola kapas raksasa.


Arnab anggora adalah sejenis arnab domestik yang di kembang biakkan untuk diambil bulunya yang lembut. Angora adalah salah satu jenis arnab tertua yang berasal di Ankara (dikenali sebagai Angora), Turki, bersama dengan kucing Angora dan kambing Angora.
Arnab adalah haiwan kesayangan popular dalam keluarga kerajaan Perancis pada pertengahan abad ke-18, dan merebak ke bahagian lain Eropah pada akhir abad ini. Arnab itu pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Mereka dibesarkan sebahagian besar adalah untuk diambil bulunya. berikut koleksi gambar arnab tersebut









Nota : Sayang nya, Kenapa lah dia sanggup buat bulu arnab ni. Kalau lah admin simpan je. kihkih. Sedap apa bela arnab. Apa komen korang ? Cuba kongsikan


Sumber dipetik : billy info


Ayam Berbulu Kerinting Di Jumpai


 Ayam Berbulu Kerinting Di Jumpai | Pasti pelikkan apabila seekor ayam di China ini mempunyai bulu yang kerinting. Ayam ini agak istimewa daripada ayam yang lain-lain nak tahu kenapa ? Jom baca selajuytnya

 Ayam Berbulu Kerinting Di Jumpai

Ayam yang berasal dari Henan, China menjadi fenomena baru kerana bulunya yang unik. Ketika masih anak ayam, seluruh bulunya masih kelihatan normal. Namun setelah dewasa, bulu-bulu ayam tersebut seolah menggulung sendiri di bahagian hujung, sehingga membuat seluruh bulunya kerinting, seperti dikutip dari Softpedia. Koleksi gambar ayam tersebut









Nota : hehe.. comel kan ayam ni ? boleh jadi artis ayam ni .. ahahha. mesti banyak makwe ni .. kihkihkih.

Sumber dipetik : Diari

Pulau Socotra di Yemen, Pulau Dimana DAJJAL Dirantai?



Pulau Socotra di Yemen, Pulau Dimana DAJJAL Dirantai?  | Pulau ini menjadi 1001 pertanyaan adakah Dajjal di rantai ? Tapi admin pun tak boleh sebarang main cakap sahaja. Hanya Allah yang tahu. Jom baca kisah ini

Pulau Socotra di Yemen, Pulau Dimana DAJJAL Dirantai?  

Sejumlah teori dan khabar angin mengatakan, pulau ini diduga sebagai tempat dimana Dajjal pernah di penjara pada masa lampau, sebelum akhirnya bebas dan mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda.

Pulau Socotra adalah kepulauan kecil yang terletak di Lautan  Hindi, sekitar 80 km sebelah timur tanduk Afrika dan 380 km selatan benua Arab. Kawasannya masuk dalam wilayah Republik Yaman..i



Berada disini seperti berada di planet lain, indah namun terkesan sangat aneh. Teori sekaligus mitos pulau ini sebagai penjara Dajjal makin kuat jika disandingkan dengan beberapa teori dan sejarah lainnya bahawa Dajjal pernah dikurung di Laut Yaman.

Menurut penelitian sejumlah pakar, Pulau Socotra merupakan pulau yang terbentuk sejak jutaan tahun silam dengan bentuk asli seperti itu, tak terusik oleh gerakan geologi dari wilayah bumi lainnya. Kerana kewujudannya yang terasing dari dunia luar, maka makhluk hidup yang ada di pulau ini bersifat endemik iaitu tidak ditemui ditempat lain di dunia ini.

Seperti dikutip dari Socotraislandadventure.com, dalam dunia pelancongan pulau Socotra dijuluki sebagai Dunia Yang Hilang. Flora dan fauna di pulau yang mulai menjadi destinasi baru di Timur Tengah ini nampak aneh. Setidaknya ada 900 jenis tanaman aneh disini..1


Lihat saja pohon Darah Naga (Dracanea Cinnabari) yang menjadi ikon khas pulau ini. Disebut darah naga kerana getah pohon yang berbentuk payung raksasa ini berwarna merah. Konon getah pohon ini diburu orang sebagai ubat dari segala penyakit. Flora unik lainnya adalah tanaman raksasa Dorstenia, Dendrosicyos, pohon Delima Socotra yang pelik (punica protopunica)..1








Tak hanya flora, pulau ini juga memiliki fauna-fauna yang cantik namun aneh, ada spesies burung endemik seperti Socotra Starling Onychognathus Frater, Socotra Sunbird Nectarinia Balfouri, Socotra Sparrow Passer Insularis,dan Grosbeak Socotra Rhynchostruthus Socotranus. Ada juga Burung Penyanyi Socotra, incana-incana.Kelawar adalah satu-satunya mamalia asli pulau Socotra. Pulau ini bahkan memiliki spesies endemik terumbu karang.








Apa kaitan pulau ini dengan Dajjal?


Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri sedang cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan (asap)''.

Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah menyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan.

Bentuk Fizikal Dajjal

Dajjal ini bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya,"Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi?" Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang maka mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.

Tamim bertanya lagi."apakah tanda engkau akan bebas?" Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.[Saya rasa maksud jawapan Dajjal itu ialah..bila kaum wanita setaraf dengan kaum lelaki..bebas berkuda,bersukan,berpolitik,menyanyi dan apa yang kita lihat pada zaman sekarang-wallualam].

Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w". Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda sambil tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak!".

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal".


Pulau Socotra-Yaman

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas.


Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari.

Di pulau yang tidak berpenghuni itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu". Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini".

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

"Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

Gua di Pulau Socotra-Yaman-Apakah di dalam gua ini Dajjal dikurung waktu itu...?

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. "Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata": “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal".

"Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam.
Nota : Kita jangan lah percaya 100% sebab kita ni manusia. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat diri korang dan juga admin. Apa komen korang ? Cuba kongsikan

Sumber dipetik : billy info

Top 5 Putera Raja Terkacak Di Dunia


Top 5 Putera Raja Terkacak Di Dunia | Kalau sebut je nama putera raja pasti korang terfikir mereka mesti kaya dan kacak kan ? Hari ni admin kongsikan top 5 putera raja paling terkacak di Dunia. Jom tengok beberapa Gambar


Top 5 Putera Raja Terkacak Di Dunia

Berikut merupakan putera raja tersebut


1.Putera Raja Mutaib ( Arab Saudi)


2. Putera Raja Andrea ( Monaco )

3.Putera Raja Hamdan (Dubai)

4. Putera Raja Amedeo (Belgium)

5. Putera Raja Philippos ( Greece)

Nota : Berikut merupakan top 5 putera raja paling terkacak di dunia. Admin rasa tak kacak pun . ahahha tak lah gurau2. Apa komen korang ? Cuba kongsikan

Sumber dipetik : Billy info

Kisah Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri


Kisah Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri | Kisah ini penuh dengan kesedihan selepas mengetahui yang dia bercinta dengan ayah dia sendiri. Kisah ini merupakan kisah benar dan bukan di buat-buat.Cerita ni juga berlaku di Malaysia. Meh baca selanjutnya

Kisah Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun.

KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih),ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Diapandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.


Nota : Sebelum nak bercinta tu admin sarankan baik kaji lah dulu latah belakang sama ada lelaki atau perempuan. Betul tak ? Apa pendapat korang ? cuba kongsikan

Sumber dipetik Billyinfo