Friday, 31 January 2014

Pekerja Kilang Dapat Sepasang Tangan Penyepit


Pekerja Kilang Dapat Sepasang Tangan Penyepit | pelik lah juga kan apabila tangan dia ni 5 jari jadi 2jari . Pasti nya ramai pelikkan ? Jom baca selanjutnya

Pekerja Kilang Dapat Sepasang Tangan Penyepit

China – Selepas kehilangan kedua-dua jari akibat kemalangan di tempat kerja, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, Wang Jin mendapat sepasang tangan `penyepit’ selepas doktor memutuskan untuk membuat jari baru dan mengekalkan tapak tangannya.
Kini selepas dua minggu pembedahan dijalankan, Wang Jin sudah boleh membengkokkan jari dan disifatkan doktor sebagai pembedahan yang berjaya.
Pembedahan itu diketuai Dr Dang Juyu dan mengambil masa selama sembilan jam.
`Bahagian yang paling mencabar ialah membentuk semula struktur tulang dan jari, menyambungkan urat yang pelbagai saiz dan memastikan salur darah bersambung semula,’’ kata Dr. Dang Juyu.
Kejadian malang yang menimpa Wang Jin berlaku pada 11 Disember lalu selepas dua tangannya tersepit ke dalam sebuah mesin penukul ketika dia bekerja shif malam.
Pekerja yang panik telah menghantar Wang Jin ke hospital.
Namun mereka hanya tiba di hospital di wilayah Hunan selepas melalui lima jam perjalanan.
Selepas melihat kedua-dua tangan itu mengalami kecederaan yang serius, doktor tiada pilihan kecuali membedah tangan baru kepada pesakit.
Nota : Ohh baru admin tahu rupanya dia ni kemalangan semasa di tempat kerja. Doktor pon terpaksa boleh buat yang mana boleh je. Umm kesian juga.. Apa komen korang ?
SUMBER : mynews

Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai


Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai | Bukan sekadar sotong ni je yang terdampar tetapi ada sejenis ikan denagn sebutan Oar turut terdampat .. yang pelik nya kedua-dua haiwan ni amat lah besar. nak tahu kenapa ? baca selanjutnya

Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai

Berdasarkan saiz luar biasa, pakar berpendapat kedua-dua haiwan ini datang dari perairan Futaba, Jepun yang menempatkan pelantar nuklear Fukushima Dai-ichi.
Mengikut teori mereka, salah satu kesan daripada kemusnahan yang pernah berlaku di pelantar nuklear ini pada 2011 telah memberikan kesan pada saiz sesetengah hidupan laut.
Malangnya, ada antara hidupan gergasi ini hanyut mengikut arus lautan hingga memasuki perairan Amerika Syarikat sekaligus menimbulkan kebimbangan masyarakat setempat.
Pengurus Santa Monica Parks, Cynthia Beard, bagaimanapun meminta semua orang bertenang kerana hidupan laut gergasi tersebut sudah mati dan jika masih hidup sekalipun, ia berada di lautan dalam dan jarang menghampiri manusia.
                                                           ikan oar yang terdampar

Nota : Memang gila besar lah ikan dan sotong ni. kalau lah dapat buat masak ni, 1 Negeri kenyang ni. Hahah. apa pendapat korang tentang berita ni ?

Kisah Tukang Paip 37 Tahun Tak Lepas Solat Di Masjid Nabawi


Kisah Tukang Paip 37 Tahun Tak Lepas Solat Di Masjid Nabawi | InsyaAllah kisah ini dapat memberi ikhtibar kepada kita untuk mendekat kan diri lagi kepada Allah. Jom baca kisah si tukang paip ni yang tidak menunggalkan solat 37 Tahun di Masjid Nabawi

Kisah Tukang Paip 37 Tahun Tak Lepas Solat Di Masjid Nabawi


Lelaki Afghanistan ini tidak pernah terlepas bersolat di Masjid Nabawi selama 37 tahun.
Haji Muhammad menjadi popular di Madinah kerana satu perempat usia beliau selalu muncul di TV Arab Saudi memakai serban hitam yang sama sambil berdiri di sebelah kanan di barisan pertama di belakang imam .
Beliau memberitahu media (Makkah daily) bahawa dia tiba di di Arab Saudi semasa beliau berumor 19 tahun.
Beliau bekerja sebagai tukang paip selama 37 tahun dan hanya pernah pulang sekali saja ke Afghanistan.
Beliau berkata : “Saya selalu memastikan saya melaksanakan semua solat lima waktu di Masjid Nabawi dari saya remaja lagi.
“Saya suka mengembalikan al-Quran dari jemah yang di letak di merata tempat dalam masjid dan meletakkan mereka kembali ke dalam almari nya”.
Haji Muhammad telah membuat banyak kawan dengan jemaah-jemaah dari luar negara yang kagum dengan beliau kerana setia dalam melaksanakan semua solat di masjid dan di tempat yang sama .
Sebahagian daripada jemaah kerap melihat dia memakai serban hitam yang sama di tempat yang sama setiap tahun mereka melawat Madinah.
“Apabila saya bekerja untuk penaja saya, saya memberitahu beliau dari awal bahawa saya tidak mahu terlepas apa-apa solat di masjid dan di bulan Ramadhan saya tidak akan berkerja kerana saya akan berada di dalam masjid sepanjang masa, ” katanya. Hj Muhammad ada dua isteri dan 12 anak. 

Nota : semoga kisah ini dapat memberikan serba sedikit pengajaran buat kita bersama.. Admin harap korang perbaiki diri korang dari baik menjadi lebih baik .. Admin mengingatkan korang tetapi diri admin juga ..  

Sumber di petik : Mynewshub

Jika Berjaya Hafal al-Quran Pembunuh Akan Di Bebaskan


Jika Berjaya Hafal al-Quran Pembunuh Akan Di Bebaskan | Subhanallah ada juga manusia yang sangat pemaaf macam ni. Ingat tak ada lagi dekat dunia ni. Kisah ini insyaAllah bermanfaat untuk korang juga. Jom baca selangkapnya

Jika Berjaya Hafal al-Quran Pembunuh Akan Di Bebaskan


Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.
Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya
Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati. Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.
Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.
Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.
Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.
Nota : Betul juga apa yang dia kata. Apabila kita menhafal al-Quran InsyaAllah kita tidak akan merlakukan pekara macam ni lagi. Apa pendapat anda tentang pekara ni ? bagi admin sangat bagus. korang pula ?
SUmber : Kisahtauladan

Manusia Tanpa Lubang Hidung


Manusia Tanpa Lubang Hidung | Memang lah agak pelik kan, kenapa mereka duk tutup lobang hidung. Setiap kaum berfahaman berbeza.. Admin pelik lah juga takkan sepanjang masa nak bernafas menggunakan mulut. Hahahaha. Fahaman masing-masing. Baca selanjutnya

Manusia Tanpa Lubang Hidung

Wanita suku India kumpulan Patani terpaksa mengharungi kepayahan dalam bernafas dan sebagainya kerana hidung mereka ‘dipaksa’ tutup kerana budaya pelik kaum tersebut.

Penyumbat berwarna hitam yang diperbuat daripada buluh lazimnya akan dipotong mengikut ukuran lubang hidung.Kemudian,penyumbat tadi disumbat kedalam rongga hidung sehingga tertutup kemas.Penyumbat hidung ini biasanya akan di ganti setahun sekali hingga saiz lubang hidung membesar dan berukuran diameter lima sentimeter atau bersamaan panjang ibu jari.
Bukan itu sahaja, satu tatu juga dilukis bermula dari dahi hingga ke dagu sehingga pihak wanita dari suku india india kelihatan hodoh . Budaya pelik ini berlaku kerana sebelum budaya ini dicipta, kaum wanita dari suku india kumpulan patani ini sering diculik dan dirogol kerana kecantikan mereka !

Jadi untuk membendung perkara ini dari terus berleluasa, tindakan menghodohkan mereka adalah jalan yang terbaik difirkan mereka. Apa yang anda fikir,wajar ?
Namun kini budaya tersebut sudah tidak diamalkan lagi

Nota : Setiap kaum mesti fahaman masing-masing. Apa pendapat korang ? minta cuba kongsi kan sedikit .

Sumber : tutuplubang


Rakyat Malaysia Beli Kapal Bernilai Rm13 Billion


Rakyat Malaysia Beli Kapal Bernilai Rm13 Billion | 13 Billion bukan nilai yang kecil, Betul kaya mamat ni.
Dulu boleh la di kata kan Roman Abramovic iaitu pemilik kelab Chelsea. Sekarang seorang rakyat Malaysia ni pula pintas. Nak tahu siapakah beliau ? Jom baca selanjutnya :

Rakyat Malaysia Beli Kapal Bernilai Rm13 Billion

Tan Sri Robert Kuok, beliau merupakan Billionair Malaysia yang mempunyai kekayaan bernilai antara RM37.2 billion.
Raja Gula Asia ini telah menggemparkan banyak pihak apabila membeli sebuah kapal mewah bernilai RM13.38 billion.
Kapal berkenaan yang 10 kali ganda lebih mahal daripada kapal peribadi paling mahal didunia sebelum ini milik Roma Abramovich (Pemilik Kelab Chelsea) kini merupakan kapal mewah termahal dunia.
Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.
Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.
Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool,Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.
Gambar dalam kapal tersebut. Pegh memang giler betul lah..
                                                                         Ruang Tidur

Ruang tamu
NOTA : Ni kalau Rosmah nampak ni memang kalah Robert kuok ni.. Hahaha. Gurau-gurau jangan marah. Takpa la dia kaya apa pun boleh beli. Kita ni bersyukur apa yang ada. Asal cukup makan minum sudah la. 
Sumber asal : Pentakpatah

Thursday, 30 January 2014

Beli Kucing Dengan Harga Rm100,000


Beli Kucing Dengan Harga Rm100,000 | pelik lah juga kan sebab apa wanita ini sanggup menghabiskan Rm 100,000 untuk seekor kucing sahaja. Yang pasti kucing merupakan haiwan kesayangan nabi kita. Admin pon sayang kucing. Yang pelik nya kenapa wanita ni sanggup beli kucing ni . nak tahu ? Baca selanjutnya

Beli Kucing Dengan Harga Rm100,000


Seorang peminat kucing dari Adelaide, Australia sanggup membelanjakan RM100,000 bagi memenuhi hasratnya memelihara seekor kucing Bengal dari Moscow, Rusia.
Kucing betina yang bernama Polar Day itu pada awalnya dibeli oleh Julie Menadue Sancheita, 50, dengan harga RM30,000 tetapi melonjak sehingga mencecah RM100,000 apabila terpaksa menanggung kos perjalanan, insurans, kuarantin, perubatan dan makanan.
Polar Day sempat membesar di Malaysia apabila dikehendaki dikuarantin sekurang-kurangnya enam bulan di negara transit seperti yang disyaratkan kerajaan Australia terhadap kemasukan haiwan asing.
Ketika dihantar oleh pemiliknya, Svetlana Ponomareva, 50, dari Moscow Februari lalu, kucing tersebut baru berusia tiga bulan dan kini telah mencecah usia setahun.
Kelmarin, kucing itu yang dikuarantin di pusat pemeliharaan dan pembiakan kucing di negeri ini, Cattery Kittun Katz, telah dihantar ke Australia untuk diserahkan kepada Julie.
Pemilik Cattery Kittun Katz, Hezlin Fazrina Abdul Hadi Nor, 34, berkata, Polar Day terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 20,000 kilometer kerana perlu melalui beberapa siri kuarantin sebelum bertemu pembelinya itu
Nota : betul wanita ini sayang sangat dekat kucing ni. kalau lah Rm100,000 to admin dapat peghh. tak duk rumah admin .. wakakakaka.. Apa pendapat korang ? Membazir atau ? 
SUMBER : kosmo.online

Makan Janin Untuk Awet Muda & Kuat Tenaga Batin


Makan Janin Untuk Awet Muda & Kuat Tenaga Batin | Semakin pelik admin tengok orang dekat dunia sekarang ni sampai sanggup makan janin untuk kelihatan awet muda dan kuat tenaga batin lah kata nya. Kalau lah ada orang nak bagi admin 100 Juta sekali pun admin takkan makan sebab rasa kasihan. Tengok gambar ni je dah terasa nak muntah.. Baca lebih mendalam di bawah :

Makan Janin Untuk Awet Muda & Kuat Tenaga Batin

Salah seorang pengusaha di china dan juga pemilik fabrik di negara tersebut mengaku punya ritual yang telah turun temurun untuk menjaga kesihatan dan awet muda, iaitu dengan mengamal pemakanan “Healthy Soup”, iaitu sup daripada janin manusia. Sebagai hasilnya, lelaki berusia 65 tahun menjelaskan khasiat “Healthy Soup” ini mempertahankan kemampuannya untuk dapat berhubungan seks beberapa kali dalam semalam.

Restoran yang menyediakan menu ini menyatakan jenis makanan tersebut tidak mudah di dapat kerana mereka tidak tersedia ‘ready stock’. Ditambahkan pula makanan tersebut harus disajikan secara fresh, bukan frozen. Tetapi kalau berminat, mereka menyediakan ari-ari bayi yang dipercaya dapat meningkatkan ghairah seksual dan juga ubat awet muda.


                                   Gambar janin ini dibasuh untuk di masak

Cara pembuatan “Healthy Soup”, seperti yang diceritakan oleh penulis yang membuat liputan kisah ini adalah sebagai berikut : Janin yang berumur beberapa bulan, ditambah dengan beberapa bahan antaranya daging ayam dan ramuan herba cina, di stim selama 8 jam, setelah itu dimasak seperti 
memasak sup biasa.Harga janin yang keguguran atau di gugurkan, biasanya mati, dapat dibeli hanya dengan beberapa puluh USD saja, manakala kalau dekat tanggal kelahiran dan masih hidup, semahal 300 USD. Urusan bayi itu diserahkan ke restoran dalam keadaan hidup atau mati, tidak ada yang mengetahui

Nota : Pelik betul lah orang luar negara ni. macam-macam dia makan sampaikan janin sekali dia makan. Gambar di atas terpaksa admin Blur kan sebab geli dan kasihan je tengok. Apa pendapat korang ? mari kita kngsikan bersama.

Sumber di petik : wootmedia

Wanita Curang Disumpah Jadi Batu


Wanita Curang Disumpah Jadi Batu | Berita ini di katakan berlaku di Johor. Adakah betul ? admin pon tidak mendapat kepastian tentang pekara ini. Tapi rupa batu ini memang mirip seakan-akan wanita. Ya Allah takut pula tengok video sebegini . Kalau lah betul tentang pekara ni, semoga Allah jauhkan lah dari kita. Baca selanjutnya :

Wanita Curang Disumpah Jadi Batu 


Wanita itu dikatakan telah ‘ditukarkan’ menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.
Persoalan yang semakin menjadi tanda tanya kepada umum ialah, benarkah kejadian sumpahan itu sememangnya berlaku?
Mengapa hanya wanita itu sahaja yang disumpah, bagaimana dengan pasangannya?
Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.
Mendengarkan penceritaan dari lelaki yang menjadi ‘voice over’ dalam video itu seperti kurang jelas tentang maklumat yang ingin disampaikan.
Boleh sahaja cerita itu diada-adakan atau batu itu hanyalah ukiran semata-mata. Apa-apa pun, kebenaran tentang ‘misteri’ sumpahan batu itu hanya penduduk di sekitar kawasan itu sahaja yang tahu.

Nota : Apakah pendapat korang tentang pekara ini ? nak percaya pun tak tahu lah admin. Kalau betul lah, semoga kita menjadi kan pengajaran buat diri kita ye. Minta pendapat korang siket ..

Sumber asal : wootmedia

Dihalau Keluar Negara Kerana Terlalu Kacak


Dihalau Keluar Negara Kerana Terlalu Kacak | Kesian 3 lelaki ni kerana di halau kerana penganjung kata mamat ni terlalu kacak sangat. Sampai begini sekali ye orang mereka di sana. Hahahaha.. Pelik betul admin. Sampai penganjur pon kata takot wanita-wanita di sana tergoda dengan ke kacakan nya. Jom baca artikel selengkapnya

Dihalau Keluar Negara Kerana Terlalu Kacak


Dubai: Sekurang-kurangnya tiga lelaki yang menghadiri satu festival kebudayaan tahunan di Arab Saudi terpaksa dibawa keluar dari negara itu selepas pegawai polis agama menyifatkan mereka sebagai terlalu ‘kacak’ untuk tinggal di negara berkenaan.
Ketiga-tiga lelaki terbabit adalah delegasi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang terbabit dalam Festival Kebudayaan dan Warisan Jenadrivah di Riyadh, apabila anggota mutaween terbabit tiba-tiba menyerbu pusat berkenaan dan membawa ketiga-tiga lelaki terbabit.
Bimbang pengunjung wanita
“Pegawai festival berkata bahawa ketiga lelaki UAE terbabit dibawa keluar kerana alasan mereka terlalu kacak dan Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar dikatakan bimbang pengunjung wanita boleh jatuh hati dengan mereka,” lapor akhbar berbahasa Arab, Elaph.
Delegasi negara UAE terbabit terpaksa dihantar pulang ke negara asal mereka.
Nota : Hahahaha.. pelik betul admin baca artikel ni tetapi agak menarik juga.. Gambar 3 orang mamat ni pon mereka tidak sebarkan nak tahu juga macam mana rupanya betul tak ? Apa pendapat korang tentang pekara ni ? Cuba kongsi siket
Sumber asal : wootmedia

Ikan Masuk Ke Dalam Paru-Paru Ketika Mandi


Ikan Masuk Ke Dalam Paru-Paru Ketika Mandi | Pelik tapi benar.. agak2 lah tah macam mana lah ikan tersebut dapat masuk ni .. Rupa nya budak ni telan ikan tersebut aahahahha.. Bukan kecik ikan yang dia telan ni besar woo.. Jom baca selengkap nya

Ikan Masuk Ke Dalam Paru-Paru Ketika Mandi

Anil Barela, seorang budak lelaki berusia 12 tahun di India telah menelan seekor ikan sepanjang 9 sentimeter di tepi sungai ketika bermain dengan rakannya.

Setelah menelan ikan hidup itu, lama kelamaan Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darah budak India itu semakin menurun.

Laporan salah sebuah media menyatakan, ramai kanak kanak india gemar menelan ikan hidup ketika bermain. Namun kes yang terjadi pada Anil tersangat pelik kerana ia masuk ke dalam paru paru.

Para doktor berusaha melakukan pembedahan mengeluarkan ikan tersebut. Mereka mendakwa ikan itu hidup di dalam paru paru Anil, namun ia mati ketika pembedahan tersebut dilakukan.

Nota : Baru ikan itu nak berenang-renang dalam paru-paru budak ni tapi dah mati pula.. Yang admin pelik tak terasa sakit ke telan ikan itu sepanjang 9 cm . bukan kecil to, Besar.. Apa pendapat korang ? Cuba kongsikan .

Sumber di petik : Wootmedia

Kucing Ini Dipanah Seseorang Yang Tidak Berhati Perut


Kucing Ini Dipanah Seseorang Yang Tidak Berhati Perut | Kita tahu bahawa kucing merupakan haiwan kesayangan nabi kita .. admin pon sayang kucing. Ni adalah manusia yang tidak berhati perut sampai sanggup nak memanah kucing ni. Adakah kucing ni bersalah ? takkan lah kalau curi ikan ke nakal ke sampai nak panah begini.. Sedih admin tengok. baca kisahnya :

Kucing Ini Dipanah Seseorang Yang Tidak Berhati Perut


Amerika Syarikat – Sebatang anak panah sepanjang 38 sentimeter menusuk dekat bahagian kanan kepala seekor kucing di sini. Datuk Bandar Norwich, Peter Nystrom menemui kucing itu di anjung sebuah rumah di sini pada Isnin lalu.
Beliau kemudian menghubungi polis. Seorang pegawai sebuah agensi kawalan haiwan kemudian menghantar kucing tersebut kepada seorang pakar bedah haiwan, Kathleen Tangari. Pakar itu kemudian mengeluarkan anak panah tersebut menerusi pembedahan di sebuah hospital haiwan.

Menurutnya, anak panah itu tidak mengenai paru-paru dan jantung haiwan tersebut.
Beliau berkata, anak panah tersebut sudah berada pada kucing yang bernama Elliot itu selama dua hari.
Tisu-tisu yang mengelilingi anak panah dalam badan haiwan itu telah menghalang banyak darah keluar sekali gus mengelak kucing tersebut daripada mati.
Kucing itu dipercayai sengaja dipanah oleh seseorang yang menjadikan haiwan tersebut sebagai sasaran latihan memanah
Subhanallah. Bangang ke apa mereka ni. Sampai sanggup jadikan kucing ni sasaran mereka. sedih admin tengok.. Walaupun dia hanya haiwan tetapi dia tetap mempunyai nyawa. Semoga Allah memberi pembalasan kepada sesiapa yang merlakukan ni. :(
Sumber Asal : MelayuKini


Lantai Rumah Runtuh Apabila Angkat Jenazah


Lantai Rumah Runtuh Apabila Angkat Jenazah | Kisah ini berkalu di Sandakan baru-baru ini. Kisah ini boleh di jadikan sebagai pengajaran buat kita bersama. InsyaAllah bermanfaat buat kita juga untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Admin baca artikel ini pon dapat 1 pengajaran buat admin juga. jom baca selanjutnya tentang kisah ini

Lantai Rumah Runtuh Apabila Angkat Jenazah


Kesemua mangsa adalah lelaki berusia lingkungan 60-an dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Seorang penduduk kampung, Abdul Ghani Amat, 49, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika mereka sedang mengangkat jenazah abang sepupunya yang meninggal dunia semalam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Sim-Sim.
Katanya ketika kejadian dia bersama beberapa lelaki lain yang mengangkat jenazah sudah melalui beranda rumah itu dan berada di tangga.
“Tiba-tiba lantai beranda rumah runtuh dan mereka yang masih berdiri di atas lantai itu dianggarkan 20 orang jatuh ke tanah,” katanya.
Abdul Ghani berkata empat orang mengalami luka setelah terkena serpihan kayu lantai yang patah dengan tiga daripada mereka dihantar oleh penduduk kampung ke hospital dan seorang lagi oleh ambulans.
Lantai beranda rumah itu runtuh disebabkan tidak dapat menampung berat orang ramai yang berdiri di atas lantai dalam satu masa, katanya.
Subhanallah ..  semoga kisah ini dapat buat pedoman buat kita bersama .. Admin harap korang dapat dekatkan diri dengan Allah .. InsyaAllah
Sumber asal : Kisahbest



Status Palsu Perdana Menteri Tersebar


Status Palsu Perdana Menteri Tersebar | Amat memeranjatkan apabila kecoh mengenai status twitter Dato Sri Najib tersebar mengenai isu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang. Status palsu Perdana Menteri tersebar itu mula disedari pada malam tadi. Jom baca apa yang berlaku sebenarnya...

Status Palsu Perdana Menteri Tersebar

Ia berlaku apabila semua pihak kini bercerita dan berbual mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berkemungkinan besar akan diadakan nanti, sudah timbul beberapa status palsu yang didakwa ditulis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lebih-lebih lagi, status berunsur fitnah yang mengatakan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno tidak akan meletakkan calon demi untuk mengelakkan pembaziran.
Bunyi status macam baik tetapi sebenarnya ia bukan hadir dari Facebook ataupun Twitter Perdana Menteri dan ia palsu.
Semuanya dilakukan untuk memberikan kemenangan percuma kepada calon dari Pakatan Rakyat iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah pun mengumumkan akan bertanding merebut kerusi berkenaan.
Kerusi itu kini dikatakan kosong selepas penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara tiba-tiba bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding.
Ini baru permulaan, selepas ini banyak lagi status palsu dan fitnah sebegini akan timbul dalam permainan politik moden yang menuntut kematangan berfikir di tahap tertinggi.
Kilang fitnah akan mula beroperasi 24 jam tidak lama lagi.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO, BN bersedia meletakkan sesiapa sahaja calon bagi menghadapi Anwar pada pilihan raya itu.
Muhyiddin berkata, perkara berkaitan calon akan dimuktamadkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya membuat keputusan bahawa kerusi DUN Kajang benar-benar kosong selepas perletakan jawatan Lee.

Nota: Apa kata anda?? Siapa sebenarnya yang terdesak disini? Mengapakah fitnah seperti ini harus disebarkan??? Kita mahukan keamanan bukan kekecohan.

Artikel dipetik daripada Mynewshub.

Sekian,
Terima kasih.

Wednesday, 29 January 2014

Saya Akan Ceritakan Semuanya Pada Tuhan - Kanak-kanak Syria



Saya Akan Ceritakan Semuanya Pada Tuhan | Begitulah ucapan seorang kanak-kanak syria yang menyanyat hati. Assalamualaikum semua, kali ni admin nak bercerita serba sedikit mengenai apa yang berlaku di Syria. Ini adalah sebuah kisah sedih yang sedang berlaku di sana. Admin yang membacanya pun rasa menyanyat hati. Kalau korang baca tapi tak rasa apa-apa, tak tahulah nak kata macam mana. Bersyukurlah kita di Malaysia masih aman. Jom baca apa yang adik ni nak kongsikan...

Saya Akan Ceritakan Semuanya Pada Tuhan

SYRIA – Sekeping gambar menceritakan segala-galanya. Gambar menyayat hati ini memaparkan seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang berdepan dengan kekejaman tentera rejim di Syria.
Budak ini telah meninggal dunia, namun kata-kata akhinya sebelum menghadap Yang Maha Esa amat mengharukan.
“Saya akan ceritakan semuanya kepada Tuhan,’’.
Meskipun sukar dikenal pasti sama ada ia merupakan satu kisah benar, namun hakikatnya sudah lama penduduk di Syria sengsara dalam perang saudara yang kini sudah masuk tiga tahun.
Perang yang tiada kesudahannya itu telah meragut berpuluh-puluh ribu nyawa penduduk Syria manakala lebih satu juga pula menjadi pelarian dan menetap di khemah-khemah pelarian di negara jiran.
Hakikatnya, sukar untuk menumbangkan diktaktor Bashar Asad malah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga gagal berbuat apa-apa.
Apatah lagi kuasa dunia, Amerika Syarikat yang nyata membisu tatkala penduduk Syria disiksa, dizalimi dan dibunuh setiap hari.
Subhanallah .. Semoga Allah sentiasa selamatkan saudara kita di sana .. amin ..

SUMBER : Mynewshub

Bahaya Tidur Dengan Lampu Menyala ?



Assalammualaikum semua,
hari ni tips menarik yang dapat admin kongsikan bersama anda tentang bahaya nya tidur semasa lampu dibuka.. Baca selanjutnya

Tidur merupakan aktiviti rutin yang dilakukan oleh setiap orang setiap malam hari . Banyak sekali manfaat yang dapat kita peroleh dari tidur di malam hari hari tersebut . Beberapa manfaat tidur malam tetsebut iaitu dapat merehatkan fizikal dan minda kita setelah seharian bekerja yang terbilang padat . Ada sebahagian orang yang tidur dengan lampu menyala dan ada pula yang tidur dengan lampu mati . Lalu , adakah bahaya dari tidur dengan lampu menyala bagi kesihatan tubuh anda ... ? ? ?

        Sahabat , tips kesihatan . Tidur dengan lampu menyala mempunyai kesan yang tidak baik untuk kesihatan tubuh anda . Ini kerana , tidur dengan lampu menyala akan menurunkan kekebalan tubuh anda . Sehingga akan terdedah terkena serangan pelbagai penyakit . Tips kesihatan kali ini akan mengetengahkan sebuah artikel tentang pelbagai bahaya dari tidur dengan lampu menyala , Sahabat , tips kesihatan . Inilah bahaya dari tidur dengan lampu menyala :

Tidur dengan lampu menyala akan menghalang pengeluaran hormon melatonin dalam tubuh anda . Hormon melatonin adalah hormon yang berkaitan dengan kekebalan tubuh anda . Sehingga sangat dianjurkan untuk mematikan lampu ketika tidur agar hormon melatonin dapat berproduksi di tubuh anda 

. Hormon melatonin ini dapat mencegah pelbagai penyakit dalam badan anda termasuk kanser payudara dan kanser prostat .

Tidur dengan lampu menyala akan merangsang pembentukan sel kanser . Oleh kerana itulah , mematikan lampu ketika tidur di malam hari merupakan penyelesaian paling mudah untuk mencegah penyakit kanser tersebut .

Tidak menyalakan lampu apabila terjaga di malam hari juga sangat di anjurkan . Ini kerana , paparan jangka pendek dari lampu menyala tersebut boleh meningkatkan risiko penyakit kanser

Berikut kenapa Lampu merbahaya .. korang belom kena kalau dah kena baru nak menyesal .. korang cuba elakkan semasa tidur dengan membuka lampu ye ..

SUMBER : Pingbusok

Gambar Mayat Terbiar Di Gunung Everest

Assalammualaikum semua,
agak ngeri lah juga .. apabila mayat bersepah di gunung everst .. Jom tengok beberapa gambar


Gunung Everest ini terletak di banjaran Himalaya di Nepal untuk pengetahuan anda. Tapi anda terfikir atau tidak bagaimana rakan pendaki tersebut mati sewaktu mendaki bersama di gunung tersebut dan adakah beliau membiarkan mayat rakam mereka tersebut atau bawa turun sekali?






Sadis apabila mayat mereka ni semua tidak dapat di kuburkan .. urmm takkan nak bwa balik .. nak bawa boleh tapi agak sukar .. 


SUMBER : terowong

10 Kereta Termahal Dan Termewah Di Dunia

Assalammualaikum semua ,
Berikut merupakan antara kereta paling mahal dan termewah di dunia ..


10.) Pagani Zonda C 12 F – RM2,207,831
Pagani Zonda mempunyai kelajuan maksima 346 km /jam dan mampu memecut 0 ke 60 mph dalam 3.5 saat. Kereta ini dihasilkan oleh sebuah syarikat kecil di Itali


9.) Ferrari Enzo – RM2,214,350
Ferrari Enzo merupakan antara kereta yang paling popular dalam dunia Super Car dan hanya 400 buah yang dihasilkan. Boleh mencapai kelajuan maksima pada 349 km/jam dan boleh memecut 0 ke 60 mph dalam 3.4 saat.


8.) MacLaren F1 – RM3,205,850
MacLaren F1 merupakan kereta terpantas dan antara kereta termahal apabila ia dihasilkan pada 1994. Selepas 15 tahun, ia masih lagi menjadi pencabar bagi Super Car yang lain.


7.) Hennessey Venom GT Spyder – RM3,635,500
Kereta ini dapat memecut dari 0 ke 96 km/jam dalam masa 2.5 saat.


6.) Zenvo ST1 – RM4,048,625
Zenvo ST1 boleh memecut 0 ke 96 km/jam dalam masa 2.9 saat. Kelajuan maksima Zenvo ST1 adalah pada 375 km/jam. Kereta ini hanya dihasilkan 15 units dengan rekabentuk yang sangat menarik.


5.) Maybach Landaulet – RM4,560,900
Kereta ini merupakan antara kereta mewah yang menarik di pasaran dengan ciri yang unik. Bumbung kereta ini boleh dibuka pada bahagian belakang sahaja dan fungsi ini sangat jaranf dimiliki oleh model kereta lain. Kereta ini boleh memecut 0 ke 96 km/jam dalam masa 5.2 saat.


4.) Lamborghini Reventon – RM5,288,000
Boleh mencapai kelajuan 95 km/jam dalam masa 3.3 saat dan kelajuan maksima kereta ini adalah 339 km/jam.


3.) Aston Martin One-77 – RM6,114,250
Kereta ini hanya dihasilkan sebanyak 77 unit dengan spesifikasi yang tinggi dari Aston Martin. Dengan 750 kuasa kuda, kereta ini dapat mencapai kelajuan 0 ke 60 mph dalam masa 3.4 saat dan kelajuan maksima yang dapat dicapai adalah 354 km/jam.


2.) Bugatti Veyron Sports – RM5,618,500
Kereta ini dapat memecut 96 km/jam dalam masa 2.5 saat dan dapat mencapai kelajuan maksima pada 430 km/jam. Bugatti Veyron sememangnya kereta yang terbaik pernah dihasilkan oleh Bugatti setakat ini.


1. Maybach Exelero – RM26,440,000
Exelero merupakan kereta buatan German yang dihasilkan oleh Syarikat Maybach. Kereta ini boleh mencapai kelajuan maksima pada 351 km/jam dan boleh memecut 0 ke 100km/jam dalam masa 4.4 saat.

Berikut merupakan antara kereta2 paling laju dan mewah .. yang pelik nya ada sampai 26juta .. aduhh giler laa.. ahahah..

SUMBER : Arenakereta

(VIDEO) Lelaki Menyamar Jadi Perempuan Curi Tabung Surau



Assalammualaikum semua ,
urmm sedih melihat video ni .. apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni .. sampaikan sanggu nak curi duit masjid/surau ni .. :( jom baca selanjutnya dan tengok video

Walaupun rumah itu dinamakan rumah Allah, dan kita yakin Allah akan menjaga rumahnya, tetapi sebarang kejadian di dalam rumah itu tetap menjadi perhatian AJK masjid dan surau. Walaupun kita disuruh bertawakkal dalam semua perkara, usaha dan ikhtiar adalah sendi dalam bertawakkal.

Video ini berjaya dirakamkan melalui CCTV yang baru dipasang di surau tersebut. Tarikh itu pun masih belum diubah lagi akan tetapi pencuri jelmaan wanita ni begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil duit sedekah orang ramai disitu. Mari kita lihat apa sebenarnya berlaku disitu.

Semoga menjadi pengajaran kpd semua AJK masjid dan surau diseluruh malaysia agar sentiasa mengawasi harta berda yang didermakan oleh orang ramai. Itu adalah amanah orang ramai kepada kita sebagai AJK masjid dan surau. Jangan dipersiakan amanah mereka. Kuncilah tabung-tabung itu seelok-eloknya.

Berbekalkan sepasang baju kurung, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menceroboh ke sebuah surau di bandar Pinggiran Subang, Shah Alam. Surau yang bernama surau Arrazi ini, tempat di mana para jemaah di sekeliling menunaikan solat Jumaat mereka disini. Kejadian yang cukup menggemparkan ini betul-betul membuka mata AJK surau disitu. Saksiakn video


pelik lah dengan manusia ni .. adakah manusia atau bukan .. sampai sanggup nak menyamar .. bodoh ke apa ? Allah dah bagi tangan kaki semua nya sempurna boleh bekerja pemalas .. ni ke nak jadi ? bukan admin nak cakap apa .. dia yang membodohkan diri dia buat pekara macam ni .. semoga Allah beri dia pertunjuk dan hidayah pada nya .. Amin

Sumber :wowgreat

TOP 15 FILEM MELAYU DENGAN KUTIPAN TERENDAH 2013

Assalammualaikum semua,
Sedih betul lihat industri perfileman kita sekarang ni .. adakah mungkin faktor pelakon atau tajuk dan sebagainya ? tak tahu admin nak kata .. eheh .. Jom saksikan TOP 15 FILEM MELAYU DENGAN KUTIPAN TERENDAH 2013.. baca selanjutnya


Berikut Merupakan top 15 filem melayu dengan kutipan terendah .. ada sapa2 tak pernah tengok filem2 ni atau tak pernah minta pendapat siket ..

Inilah Lelaki Yang Cuba BAKAR Bekas Kekasih, Dua Anaknya Hidup-Hidup Di Setapak!



Assalammualaikum semua,
Berita ni agak pelik .. dia ni takde perikemanusiaan ke ? apalahh sanguup nak bakar .. :(
Jom baca selanjutnya

Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tiga tuduhan cubaan membunuh seorang janda dan dua anak wanita itu, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Afizi Abdul Rahman, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Ahmad Bache.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba membunuh Saliza Saidin, 29, dan dua anaknya, Nur Iris Qalisya Mohd Shahril, dua tahun dan Nur Fazana, dua bulan dengan cara membakar mangsa.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di alamat Blok H-08-07 PPR Desa Rejang, Setapak Jaya, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 21 Januari lalu.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Apalah salah wanita dan budak tersebut sampai dia nak bunuh .. tak kesian ke .. urmmm .. harap taknak lah pekara macam ni berlaku lagi 

SUMBER : Mynewshub

Tuesday, 28 January 2014

Makkah Dan Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas



Assalammualikum semua,
Berita menarik yang dapat admin kongsikan pada korang hari ni tentang Makkah Dan Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas .. admin sangat setuju dengan berita ni ... korang bagaimana pula ? jom baca selanjutnya apa salah seorang angkasawan beri tahu :

Seorang angkasawan Russia semalam berkata, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas.

Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas semalam.

“Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.

“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. “Yang mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin.

Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga. SubhanAllah…

Subhanallah .. Kuasa ALLAH memang tiada tandingan .. .. apa pendapat korang

SUMBER : pentakpatah